Datuk Seri S. Subramaniam. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Kekurangan peluang pemasaran dan pusat pemasaran merupakan faktor utama pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) masyarakat India tidak mampu bersaing dan tidak dapat bertahan lama.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, dasar kerajaan perlu membuka peluang yang lebih luas untuk memastikan semua agenda yang digariskan dalam Pelan Induk Pembagunan Masyarakat India tercapai.

 

“Untuk itu MIC memerlukan campur tangan kerajaan untuk mempergiatkan IKS pengusaha India,” katanya sambil mencadangkan pinjaman mikro kredit berjumlah RM500 juta sebagai dana modal pusingan diwujudkan..

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung MIC ke71 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Sementara itu, Subramaniam berkata, kerajaan perrlu menyediakan pelbagai bidang kemahiran kepada peguasaha IKS bagi meningkatkan akses pasaran sedia ada.

Ujarnya, dasar-dasar berkaitan sedia ada perlu dikaji semula dan disesuaikan agar usahawan dapat mengakses kontrak kerajaan.

“Ini akan membolehkan hasil ekonomi negara dikongsi secara adil, dan segala usaha untuk menjayakan Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India bergantung kepada anjakan polisi kerajaan sedia ada,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast