WASHINGTON – Hong Kong dan Malaysia telah melakukan kejutan pertumbuhan terbesar di Asia.

Kedua-dua negara itu menyaksikan peningkatan terbesar bagi tahun ini dalam kalangan ekonomi utama dalam prospek terkini Bank Pembangunan Asia (ADB) yang baru diterbitkan.

Sementara itu, India pula menyaksikan penurunan paling ketara.

Pemulihan perdagangan global membantu meningkatkan eksport Hong Kong dan Malaysia.

Sementara demonisasi (tindakan pelucutan mata wang statusnya sebagai tender sah) dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan baharu di India telah membebankan perbelanjaan pengguna dan pelaburan perniagaan.

Ekonomi India dijangka pulih dalam tahun fiskal 2018 dengan unjuran pengembangan pada 7.4 peratus.

Secara keseluruhan, tinjauan bagi pembangunan Asia masih rancak meskipun kekal risiko termasuk perubahan polisi monetari dan geopolitik secara tiba-tiba dan bencana alam.

Pelaksanaan rangsangan di Amerika Syarikat “boleh mengalirkan modal dari rantau ini yang akan mencabar kestabilan kewangan Asia,” menurut laporan itu.

Hasil bon yang lebih tinggi boleh meningkatkan kos pembiayaan jangka panjang, pada masa yang sama pengukuhan dolar Amerika Syarikat akan mendorong lebih banyak aliran keluar modal dari rantau ini.

Pegawai kerajaan harus memantau tahap hutang dan harga aset sambil mengukuhkan kedudukan kewangan mereka, cadang ADB.

Di negara-negara seperti Indonesia, Malaysia, Thailand dan Taiwan, ada ruang untuk dasar akomodatif.

Manakala di Filipina dan Korea Selatan, rangsangan mungkin kurang jelas kerana peningkatan pertumbuhan berlarutan dan tekanan harga yang semakin meningkat.

Rantau itu perlu melaksanakan pembinaan infrastruktur yang lebih agresif termasuk melalui kerjasama awam-swasta (PPP).

Katanya, lebih daripada separuh ekonomi di Asia kekurangan kerjasama itu. – MalaysiaGazette