Home Dunia Ada pergerakan peluru berpandu di Korea Utara

Ada pergerakan peluru berpandu di Korea Utara

Kim Jong-un terlibat memantau ujian peluru berpandu Korea Utara. foto Agensi

SEOUL – Beberapa peluru berpandu Korea Utara baru-baru ini dilihat berpindah dari kemudahan roket di ibu kota Pyongyang, Korea Broadcasting System (KBS) melaporkan.

Laporan itu dibuat di tengah-tengah spekulasi bahawa Korea Utara sedang bersedia untuk mengambil tindakan lebih provokatif.

KSB dalam laporannya menyebut sumber perisikan memaklumkan telah mengesan peluru berpandu yang diangkut jauh dari Kemudahan Penyelidikan dan Pembangunan Peluru Berpandu Korea Utara di Sanum-dong di bahagian utara Pyongyang.

Laporan itu tidak mengatakan bila atau di mana peluru berpandu itu telah dipindahkan.

Peluru berpandu itu mungkin roket jarak dekat Hwasong-12 atau peluru berpandu balistik antara benua Hwasong-14, menurut laporan itu memandangkan kemudahan peluru berpandu di Sanum-dong digunakan untuk pengeluaran peluru berpandu balistik antara benua.

Seorang sumber dari kementerian pertahanan Korea Selatan berkata, beliau tidak dapat mengesahkan butiran laporan atau sama ada terdapat sebarang aktiviti yang luar biasa di kawasan tersebut.

Pegawai Korea Selatan menyuarakan kebimbangan kemungkinan Korea Utara boleh melakukan lebih banyak tindakan provokasi menjelang penubuhan parti komunis pada 10 Oktober atau mungkin ketika China mengadakan Kongres Parti Komunisnya pada 18 Oktober. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast