Ahmad Fauzi Zahari

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari turut sama menyertai pelbagai pertubuhan dan individu dalam menyuarakan bantahan terhadap cadangan pengambilalihan PLUS Malaysia Bhd, pemegang konsesi lebuh raya terbesar negara, oleh Maju Holdings Bhd.

Ahmad Fauzi memberikan hujah-hujah kukuhnya mengapa PLUS perlu kekal dalam kawalan kerajaan menerusi pemilikan 51 peratus oleh Khazanah Nasional Bhd dan baki 49 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau mengingatkan tentang situasi yang sama dan pengajaran pahit yang dipelajari daripada kes Malaysia Airlines (MAS) di mana kerajaan terpaksa menanggung kos berbilion ringgit untuk menyelamatkan syarikat itu selepas ia dijadikan syarikat persendirian.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada minggu lepas melahirkan kebimbangan kerajaan dengan cadangan pengambilalihan tersebut kerana bimbang aset strategik negara itu akan jatuh ke tangan pihak asing memandangkan sumber pembiayaannya tidak diketahui.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa mahu kerajaan menolak tawaran pengambilalihan tersebut demi kepentingan rakyat dan negara.- BERNAMA

 

Dari mana datangnya duit Maju Holdings?- Datuk Jo

 

Comments are closed.