SINGAPURA – Harga minyak merosot dalam dagangan hari ini selepas Amerika Syarikat melaporkan lonjakan eksport minyak mentah, walaupun para pedagang mengatakan usaha OPEC dan Rusia untuk mengurangkan pengeluaran disokong secara keseluruhan.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$49.90 setong pada 0015 GMT, turun AS$0.0 8 sen atau 0.16 peratus berbanding harga penutup.

Niaga hadapan minyak mentah Brent pula susut 0.1 peratus kepada AS$55.75 setong.

Penurunan itu berlaku selepas Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada hari Ahad memaklumkan eksport minyak mentah Amerika Syarikat melonjak kepada 1.98 juta tong sehari inggu lepas, melepasi rekod 1.5 juta sehari yang ditetapkan pada minggu sebelumnya.

Peningkatan ini telah dicetuskan oleh penyebaran luas harga minyak mentah WTI dan antarabangsa, yang menjadikan eksport minyak Amerika Syarikat melonjak.

Sesetengah peniaga berkata, ia juga merupakan petunjuk bahawa peningkatan pasaran walaupun OPEC dan Rusia berusaha mengawal pasaran untuk menaikkan harga emas hitam itu.

Ole Hansen, ketua strategi komoditi di Saxo Bank Denmark berkata, “masih terlalu awal” untuk untuk menjangkakan harga pasaran minyak bertahan melebihi AS$60 setong.

Tetapi penganalisis mengatakan bahawa harga minyak tidak mungkin jatuh dengan ketara. – MalaysiaGazette