Perodua KL, bilik pameran hibrid Perodua kini beroperasi

Kuala Lumpur- Outlet jualan kenderaan Perodua baharu dan “pre-owned” hibrid pertama, Perodua KL kini mula beroperasi.

Bilik pameran yang terletak di Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, Kuala Lumpur out juga merupakan outlet jualan terbesar yang dimiliki sepenuhnya oleh Perodua dengan kos sebanyak RM1.7 juta.

“Bilik pameran terbaharu ini adalah satu lagi inisiatif oleh Perodua dalam membantu memudahkan pelanggan memiliki kenderaan kami tanpa perlu melalui pengalaman yang rumit.

“Pelanggan kami mempunyai pilihan untuk membeli kenderaan baharu atau kereta terpakai yang telah disahkan Perodua, yang mana ia telah melalui pemeriksaan teliti serta telah dibaik pulih oleh juruteknik-juruteknik berpengalaman kami di pusat-pusat perkhidmatan kami.

“Outlet ini turut menerima “trade-in” daripada semua jenama kereta tetapi kami hanya menawarkan kenderaan terpakai Perodua sahaja kepada pengguna.

“Kami faham kereta sangat diperlukan untuk memudahkan pergerakan namun ada yang kurang mampu untuk memiliki kenderaan sendiri, kami menawarkan kereta terpakai,” kata kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin.

Katanya, waranti yang merangkumi pelindungan terhadap enjin dan transmisi dipanjangkan ke 18 bulan serta memastikan semua kenderaan yang ditawarkan perlu melalui pemeriksaan ketat.

Ini bagi memastikan pemilik baharu boleh menggunakan kenderaan tersebut dengan selesa pada tahun-tahun mendatang.-MalaysiaGazette