Home Dunia 12 maut bas mini terjunam dalam tasik

12 maut bas mini terjunam dalam tasik

Tasik Victoria

NAIROBI – Seramai 12 orang terbunuh selepas bas mini terjunam ke dalam Tasik Victoria di utara Tanzania.

Kemalangan itu berlaku semasa bas berkenaan dalam perjalanan untuk menurunkan penumpang di stesen feri.

Presiden John Magufuli dalam kenyataannya berkata, beliau sangat terkejut dan sedih dengan kemalangan itu.

Tasik Victoria adalah tasik terbesar di Afrika hingga ke Uganda dan Kenya.

Tiga penumpang bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh sorang ramai, menurut laporan media. – MalaysiaGazette