Home Dunia Landasan lapangan terbang Hong Kong terbakar

Landasan lapangan terbang Hong Kong terbakar

Asap tebal kelihatan di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. foto Agensi

HONG KONG – Kebakaran berlaku di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong berhampiran bahagian belakang pesawat American Airlines.

Ia bermula kira-kira pukul 5.30 petang (0930 GMT) di salah satu tempat letak pesawat.

Seorang dilaporkan cedera.

“Kejadian berlaku semasa kenderaan membuat muatan sedang memasukan barang-barang dalam kargo,” menurut jurucakap polis.

Ketika itu kargo pesawat American Airlines masih kosong.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan kebakaran berlaku dengan asap tebal pada kedudukan di antara sayap kanan dan kiri pesawat berkenaan.

Punca kebakaran sedang disiasat.

Pesawat itu dikatakan bagi penerbangan ke Los Angeles. – MalaysiaGazette