Muhamad Ruslan Yasin, 25, terpaksa menggunakan sampan untuk berulang-alik kerumahnya kerana jalan darat ditenggelami air ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette mengenai banjir di Tanah Merah, Kedah. foto IQBAL BASRI, 27 SEPTEMBER 2017

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah setakat pukul 9 pagi ini menurun kepada 86 orang berbanding 103 orang, malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kesemua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan di daerah Kota Setar itu, membabitkan 28 keluarga.

Seramai 19 orang daripada lima keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar manakala Sekolah Kebangsaan Titi Gajah menempatkan 67 orang daripada 23 keluarga.

Jumlah mangsa banjir menurun selepas mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah air surut. – MalaysiaGazette