KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd., Tan Sri Tony Fernandes mengahwini teman wanitanya dari Korea, Chloe.
Majlis perkahwinan orang kuat syarikat penerbangan tambang murah itu dilaporkan berlangsung di Cote d’Azur, Perancis namun tidak dapat dipastikan bila ia diadakan.
Gambar perkahwinan Fernandez bersama Chole yang berusia sekitar 20-an tersebar di media sosial memaparkan keceriaan pasangan itu pada majlis tersebut.
Difahamkan majlis tersebut dihadiri ahli keluarga dan teman rapat Tony.
Sementara itu, menurut New Straits Times tidak banyak diketahui mengenai pasangan Tony itu.
Pasangan itu telah keluar bersama lebih daripada dua tahun sebelum mengikat tali perkahwinan. – MalaysiaGazette