KUALA LUMPUR – Seniman filem Melayu terkenal era 1960-an, Datuk Abdullah Sani Ahmad, atau dikenali Sony Abdullah, meninggal dunia petang ini di kediamannya di Selayang kerana sakit tua.
Beliau yang berusia 74 tahun menghembus nafas terakhir pada pukul 4.15 petang tadi.
Anaknya, Fathorossoim Al-Sani Abdullah Sani berkata jenazah akan disembahyangkan di Masjid Melati Selayang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Batu Caves di sini selepas solat Isyak malam ini.
“Pada 7 Okt lepas, kami baru meraikan hari lahirnya yang ke 74 dan arwah masih sihat dan gembira ketika itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Allahyarham meninggalkan lima anak.- BERNAMA
Comments are closed.