Harga minyak masak didakwa meningkat sejak kebelakangan ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kesal dengan tindakan individu yang menularkan semula laporan akhbar China Press tahun lepas di media sosial kononnya harga minyak masak naik dalam pasaran.

“KPDNKK menafikan harga minyak masak akan naik seperti yang digembar-gembur dalam media sosial oleh pihak tak bertanggungjawab.

“Tindakan tersebut dianggap tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna,” sebut Unit Komunikasi Korporat kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Mana-mana pihak di luar sana disarankan supaya merujuk segera KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan pengguna.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast