.S. Subramaniam

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menerima peruntukan sebanyak RM26.58 bilion dalam bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menyifatkan ia sebagai satu bajet yang peka kesihatan rakyat secara menyeluruh.

“Tahun ini ada peruntukan untuk program baharu misalnya untuk pelantikan 40,000 sukarelawan di peringkat akar umbi juga peruntukan RM30 juta yang akan membantu kita meningkatkan kesedaran penyakit tak berjangkit terus diperkasa.

“Ia juga memberi peluang kepada rakyat supaya menyertai skim insurans yang akan diuruskan kerajaan tanpa keuntungan dengan bertujuan untuk memastikan sistem kesihatan yang sedia ada di awam dan swasta dimanfaatkan sebaik-baiknya.

“Peruntukan khusus untuk penyakit jarang ditemui (Rare desease) ini satu inisiatif baharu kerajaan yang mahu manjaga kesihatan rakyat selain bantuan hemodialisis sebagai mengurangkan beban pesakit dan subsidi dipertingkatkan,” katanya di lobi Parlimen. – MalaysiaGazette