Home Dunia Pyongyang bebaskan bot, nelayan Korea Selatan

Pyongyang bebaskan bot, nelayan Korea Selatan

SEOUL – Korea Utara akan melepaskan bot nelayan Korea Selatan yang dirampas sejak enam hari ini selepas memasuki perairan negara tersebut.

Bot dan anak-anak kapal akan dibebaskan di sempadan tentera di Laut Timur,’ kata KCNA dalam laporannya.

Pembebasan itu dibuat selepas Pyongyang memaafkan kesalahan anak-anak kapal itu.

Hubungan kedua-dua negara itu tegang berikutan beberapa siri pelancaran peluru berpandu oleh Pyongyang.

Korea Utara berkata, pembebasan itu akan dibuat pada hari Jumaat selepas anak-anak kapal memohon maaf secara berulang kali. – MalaysiaGazette