Anggota bomba membawa seorang penduduk yang terperangkap dalam banjir kilat di Lenggong malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 65 penduduk dari enam kampung di Lenggong, Perak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dalam kejadian banjir kilat yang berlaku kawasan itu malam tadi.

Semua mangsa banjir kini ditempatkan di dewan orang ramai Kampung Chain, surau Kampung Batu Dinding dan masjid Kampung Banggol Belimbing.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong, Mohd Annuar Mohd Saff, hujan lebat yang melanda enam kampung itu sejak 4 petang semalam, menyebabkan air naik sehingga dua meter dan membahayakan penduduk sekitar.

Katanya, seramai 36 anggota bomba dari BBP Lenggong, Kuala Kangsar dan Gerik membantu memindahkan penduduk dengan turut dibantu anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan petugas Majlis Daerah Lenggong (MDL).

“Sehingga tengah malam ini seramai 65 penduduk dipindahkan di tiga pusat sementara yang dibuka untuk menempatkan mereka,” katanya kepada media.

Menurut Mohd Annuar, Kampung Batu Puteri adalah penempatan pertama dilaporkan ditenggelami banjir kilat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast