Home Ekonomi Brent melepasi AS$60 setong

Brent melepasi AS$60 setong

SINGAPURA – Pasaran minyak kukuh pada hari Isnin, dengan pembukaan minyak mentah Brent melepas AS$60 setong.

Kenaikan itu dipacu oleh jangkaan lanjutan pengurangan pengeluaran minyak mentah apabila perjanjian OPEC tamat Mac ini.

Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$60.53 setong naik 0.15 peratus daripada dagangan terakhir.

Ia masih ditutup pada paras tertinggi sejak Julai 2015 dan lebih tinggi daripada 36 peratus sejak paras terendah Jun lalu.

Niaga hadapan penanda aras minyak Amerika Syarikat, West Intermediate (WTI) juga naik sebanyak AS$0.13 kepada AS$54.03 setong.

“Pematuhan kukuh terhadap pengeluaran OPEC sudah menyokong harga mendorong Putera Arab Saudi mencadangkan perjanjian tersebut perlu dilanjutkan bagi menambah keuntungan,” kata Bank ANZ.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) termasuk Rusia dan sembilan pengeluar lain telah bersetuju untuk mengurangkan kira-kira 1.8 juta tong sehari bagi mengawal bekalan.

Perjanjian itu tamat pada Mac 2018 tetapi Arab Saudi dan Rusia, yang mengetuai usaha itu mahu melanjutkannya.

OPEC dijangka bertemu di Vienna, Austria pada 30 November ini. – MalaysiaGazette