Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad anggap Bajet 2018 memberi peruntukan luar biasa untuk Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa.

Namun Pengerusi Pakatan Harapan itu seperti biasa mempersoalkan kemampuan kerajaan menunaikan semua janji-janji dalam bajet berkenaan.

“Ia (Bajet 2018) tak lain tak bukan untuk dapat sokongan dalam PRU-14,” ujarnya dalam rakaman media sosial milik PPBM yang beliau juga menjadi pengerusinya hari ini.

Bekas perdana menteri itu mendakwa kedudukan kewangan kerajaan sukar merealisasikan Bajet 2018.

Mahathir menganggap ia sekadar janji manis oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan.

Malah belum apa-apa beliau menganggap besar kemungkinan janji itu akan tinggal janji sahaja.

Mengenai bajet alternatif PH, Mahathir berkata, ia dibuat bagi mendapatkan respon daripada rakyat dan akan diubah sekiranya perlu.

Bagaimanapun, baik bajet PH atau kerajaan, beliau tidak ada mengulasnya secara detail tetapi lebih secara umum sahaja.- MalaysiaGazette

Comments are closed.