KUALA LUMPUR, 1 Nov -- Para peserta Miss Malaysia Kebaya 2017/18 memperagakan pakaian tradisional iaitu baju kebaya sempena sidang media di Menara Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Lebih 500 peserta mendaftarkan diri sejak Oktober untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Miss and Mrs Kebaya’ 2017/2018, peningkatan jumlah sekali ganda berbanding penyertaan pada tahun sebelumnya.

Pengasas dan Presiden Miss and Mrs Malaysia Kebaya, Jason Hee Jee Pin berkata sambutan memberangsangkan untuk menyertai pertandingan itu membuktikan semakin ramai yang berminat mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang memberi penekanan kepada busana tradisional.

Diasaskan pada 2012, pertandingan itu bertujuan mempromosi tradisi dan warisan budaya menerusi baju kebaya.

“Dengan mempromosi baju kebaya, kami harap dapat mengingatkan setiap orang tentang keunikan dan kegunaannya pada hari ini serta di masa depan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pertandingan itu terbuka kepada semua kaum tanpa mengira latar belakang agama selaras dengan konsep sebagai sebuah acara pelbagai kaum dan budaya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.