Home Nasional 2 lelaki bersama 200kg ketum ditahan polis

2 lelaki bersama 200kg ketum ditahan polis

SIK – Polis menahan dua lelaki berusia 30 tahun serta merampas 200 kilogram daun ketum yang dianggarkan bernilai RM2,600 di Kampung Kuala Roman, Jeneri semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superitendan Abdull Razak Osman berkata, mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sik semasa melaksanakan tugas snap and check.

“Kedua-dua suspek dipercayai dalam perjalanan menuju Padang Besar, Perlis dengan menaiki kereta jenis Perodua Alza dan membawa daun ketum yang diisi di dalam plastik.

“Siasatan awal mendapati bekalan daun itu diperolehi dari Lubuk Merbau (dekat Padang Terap). Kedua-dua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdull Razak berkata, permohonan reman bagi kedua-dua suspek akan dibuat hari ini.

Beliau berkata sekiranya disabit kesalahan, kedua-dua suspek boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali.-MalaysiaGazette