SHANGHAI – Pesawat buat China C919 membuat ujian ketiga hari ini, menurut laman sesawang Flightradar24.
Pelepasan pesawat itu dibuat selepas menjalankan ujian 36 hari lalu.
Flightradar berkata, pesawat itu berlepas pada pukul 7.37 (waktu tempatan) dari Lapangan Terbang Pudong dan dijangka mendarat pada pukul 8.56 pagi.
Pesawat itu dikeluarkan oleh Commercial Aircraft Corp of China Ltd (COMAC).
C919 dijangka memberi persaingan kepada pesawat 737 Boeing dan A320 Airbus – menjadi simbol China untuk menjadi pemain utama dalam pasaran aeroangkasa awam dunia. – MalaysiaGazette