KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan beserta angin kencang peringkat jingga di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan daerah Kerian, Larut, Matang& Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak sehingga hari ini.

Dalam kenyataan di Facebooknya, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan beserta angin kencang peringkat kuning berlaku di Kelantan dan Terengganu sehingga hari ini.

Bagi beberapa daerah di Perak iaitu Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan dan angin kencang sedang berlaku sehingga awal petang hari ini.

Ini turut berlaku di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat di Selangor, Kuala Lumpur serta Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong, Pahang.

Amaran berkenaan juga merangkumi bahagian Mukah di Sarawak.-MalaysiaGazette