KUALA LUMPUR – Pelakon, Datin Maria Farida akhirnya berjaya membersihkan namanya apabila memenangai kes saman fitnah yang difailkan terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar pagi ini.
Maria yang berkongsi kegembiraan itu di laman sosial Instagram miliknya memberitahu, selepas dua tahun sering diganggu dan diancam, kesabarannya berbayar kerana kebenaran telah menjadi miliknya.
“Sepanjang dua tahun saya menerima pelbagai gangguan dan ancaman, akhirnya keadilan kini ditegakkan,” katanya.
Maria juga berharap Hadijah atau lebih dikenali sebagai Karen Rayyan akan menikmati ‘saat-saat indah’ dalam penjara kerana mahkamah juga memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara selama dua minggu selepas dia tidak mengendahkan notis supaya menghadiri perbicaraan.
Sebelum ini, Maria mendakwa Hadijah secara berterusan membuat pelbagai tuduhan terhadapnya menerusi khidmat pesanan ringkas dan media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Wanita itu mendakwa Maria menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Datuk Rahman Shakur.
Selain itu Karen Rayyan didakwa turut membuat tuduhan Maria memukul anaknya iaitu Qalif Rayyan, 8, ketika Maria menjaga anak itu.
Maria, 46, dan Rahman berkahwin pada 26 November 2015. – MalaysiaGazette
Comments are closed.