Home Ekonomi Konflik di Timur Tengah, pasaran minyak berhati-hati

Konflik di Timur Tengah, pasaran minyak berhati-hati

SINGAPURA – Pasaran minyak dibuka dalam keadaan berhati-hati minggu ini di tengah-tengah ketegangan berterusan di Timur Tengah.

Malah, peningkatan aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat, mencadangkan para pengeluar minyak di negara itu bersedia menambah pengeluaran.

Niaga hadapan minyak Brent berada pada paras AS$63.64 setong pada 0049 GMT, naik AS$0.12 berbanding pada harga penutup akhir.

West Texas Intermediate (WTI) diniagakan pada AS$56.87 setong, naik AS$0.13 dari harga dagangan terakhir.

Para pedagang berkata, harga minyak mentah pada dasarnya terus disokong oleh pengurangan bekalan oleh OPEC dan Rusia yang menurunkan bekalan bagi menstabilkan semula harga bahan bakar itu.

Malah, menurut mereka, ketegangan di Timur Tengah telah meningkatkan prospek gangguan bekalan.

Bahrain berkata, letupan yang menyebabkan kebakaran di paip utama minyak pada Jumaat lalu disebabkan sabotaj, dikaitkan dengan serangan ke Iran.

Biarpun ketegangan di Timur Tengah dan pengurangan bekalan oleh OPEC, para pedagang berhati-hati dalam pertaruhan kenaikan lagi harga minyak, tidak kurang kerana peningkatan penggerudian di Amerika Syarikat bagi pengeluaran baru.

Penggerudi Amerika Syarikat menambah sembilan pelantar minyak pada minggu ini hingga 10 November, lompatan terbesar sejak Jun, menjadikannya berjumlah 738, kata firma perkhidmatan tenaga elektrik General Electric Co (GE.N) Baker Hughes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast