Gambar hiasan. foto Getty Images

NEW YORK – Harga minyak masih tidak menentu dan meneruskan dagangan berhati-hati sejak minggu lalu didorong oleh faktor pengurangan bekalan yang diketuai OPEC selain ketegangan di Asia Barat yang diimbangi oleh peningkatan pengeluaran oleh Amerika Syarikat.

Kontrak hadapan minyak mentah Brent AS$63.13 setong pada 0157 GMT, jatuh tiga sen berbanding ketika dagangan ditutup manakala kontrak hadapan minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) juga jatuh tiga sen kepada A$56.73 setong.

Kejatuhan tersebut berlaku selepas kedua-dua penanda aras harga minyak mentah itu mencecah paras tertinggi sejak 2015 pada minggu lepas bagaimanapun para peniaga berkata, pasaran mula kehilangan momentum selepas itu.

“Harga minyak agak tenang. OPEC bercakap tentang tempahan dan unjuran permintaan tetapi pengeluaran AS dilihat telah mengimbangi perkara tersebut,” kata pakar strategi pasaran AxiTrader, Greg McKenna.

Sokongan harga hadir hasil daripada pengurangan output oleh OPEC dan Rusia.

OPEC turut meningkatkan unjuran permintaan minyak dengan menyatakan dunia memerlukan 33.42 juta tong mintak sehari pada tahun depan, meningkat 360,000 tong sehari berbanding unjuran awal.

OPEC dijadual mengAdakan mesyuarat pada 30 November ini bagi membincangkan dasar berkenaan dengan lebih mendalam. Kumpulan tersebut dijangka bersetuju untuk meneruskan pengurangan bekalan melebihi tarikh yang ditetapkan pada Mac 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast