Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mencuba barangan yang terdapat pada Majlis Pra Pelancaran Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 NOVEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menasihatkan Penasihat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad agar tidak perlu takut apabila media arus perdana mendedahkan kekayaan yang dimiliki keluarganya, terutama cucu-cucunya.

Menurut Nazri, sebagai figura awam, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Mahathir, lebih-lebih lagi beliau pernah menerajui negara selama 22 tahun.

Justeru, adalah tidak salah sekiranya kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Mahathir dilaporkan pengamal media tempatan, tambah Nazri.

“Kalau media alternatif dedahkan pasal (kemewahan) pegawai kerajaan boleh, kalau media arus perdana dedah kemewahan anak dia(Mahathitr), kenapa tak boleh?

“Jangan bersikap terpilih, anak-anak dia bukan pandai meniaga pun, kalau dah jadi public figure orang berhak tahu, jangan berpura-pura susah. Apa salahnya tunjukkan kemewahan kalau itu halal. Dalam agama juga tidak salahkan umatnya mencari kekayaan, cuma sumbernya saja, halal atau tidak,” katanya.

Terdahulu, beberapa akhbar tempatan melaporkan kekayaan yang dimiliki oleh cucu-cucu Mahathir melalui beberapa gambar yang dimuat naik ke laman-laman sosial milik mereka.

Antara yang dilaporkan termasuk berkenaan percutian mewah anak-anak Mukhriz Mahathir, iaitu Meera Alyana dan Melia Serena.

Kehidupan mewah tersebut mula menular di laman media sosial tempatan sejak beberapa hari lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.