KUALA LUMPUR – Hong Leong Investment Bank Bhd. menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 5.8 peratus bagi tahun 2017 bersandarkan kepada prestasi baik ekonomi negara pada suku ketiga yang merekodkan pertumbuhan 6.2 peratus, sekali gus mengatasi ramalan pasaran.
Dalam notanya, HLIB berkata, KDBK sebenar meraih momentum lebih baik pada suku ketiga 2017 untuk mencatatkan bacaan sebanyak 6.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
“Ini mengatasi unjuran awal kami dan juga pasaran yang menjangkakan pertumbuhan pada kadar 5.7 peratus.
“Peningkatan tersebut adalah didorong oleh pengukuhan sektor domestik dan luaran.
“Disebabkan oleh prestasi lebih baik dari jangkaan pada suku ketiga, kami menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK pada keseluruhan tahun 2017 kepada 5.8 peratus berbanding unjuran sebelum ini, 5.6 peratus,” katanya. – MalaysiaGazette