KUALA LUMPU- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar dijangka berkembang lebih kukuh sebanyak 6.2 peratus pada suku ketiga 2017 berbanding tahun lepas didorong oleh aktiviti luaran yang lebih baik serta perkembangan permintaan domestik secara keseluruhan.
RHB Research Institute dalam nota penyelidikannya berkata, disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang lebih baik berbanding jangkaan pada suku ketiga, firma tersebut telah menaikkan unjuran KDNK bagi 2017 kepada 5.6 peratus berbanding 5.3 peratus sebelum ini.
“Bagi 2018, kami telah mengurangkan unjuran pertumbuhan kepada 5.2 peratus disebabkan asas lebih tinggi pada 2017 di samping perbelanjaan awam dan pelaburan yang perlahan.
“Bagaimanapun, pertumbuhan akan terus disokong oleh pertumbuhan permintaan domestik yang mapan berikutan pertumbuhan eksport yang kukuh akan mengurangkan perbelanjaan pengguna dan pelaburan swasta,” katanya. – MalaysiaGazette