Kerajaan Singapura memutuskan tiada bayaran komponen berubah tahunan (AVC) pertengahan tahun bagi kakitangan awam pada tahun ini, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) republik itu.-Gambar hiasan.

SINGAPURA – Singapura akan memastikan sistem cukainya adalah berasaskan prestasi ekonomi “kukuh” dan berpegang pada prinsip si kaya perlu membayar lebih.

Demikian menurut seorang pegawai kanan kerajaan selepas perdana menteri negara itu memberi bayangan akan menaikkan kadar cukai.

“Semuanya harus bersandarkan kepada aktiviti ekonomi yang mapan,” kata Menteri Kanan Perundangan dan Kewangan, Indranee Rajah dalam satu temubual dengan Bloomberg hari ini.

Menurut Indranee, republik berkenaan sedang berada dalam keadaan kukuh.

Ekonomi Singapura mencapai tahap tertinggi dalam tempoh lima tahun dengan pertumbuhan lima peratus pada suku ketiga, demikian menurut kaji selidik yang dijalankan Bloomberg sebelum pengumuman rasmi dibuat esok.

Dalam pada itu, Indranee enggan mengulas mengenai perubahan khusus dalam cukai barangan dan perkhidmatan yang sedang dipertimbangkan kerajaan ketika ini.

Jelasnya, rejim cukai Singapura disokong oleh prinsip perolehan pelbagai sumber, satu sistem progresif berasaskan pendapatan dan pertumbuhan ekonomi.

Sistem GST katanya telah direka mengikut prinsip tersebut.

Asas semulajadi GST dan pakejnya telah lama membantu rakyat berpendapatan rendah.- MalaysiaGazette