Home Ekonomi Harga minyak AS tinggi

Harga minyak AS tinggi

SINGAPURA – Harga minyak Amerika Syarikat kekal berada pada paras tertinggi dua tahun dalam dagangan hari ini selepas penutupan saluran paip Keystone dan inventori bahan api menunjuk kepada pasaran terkawal walaupun terdapat peningkatan pengeluaran.

Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) pada harga AS$57.95 setong pada 0143 GMT, turun AS$0.07 sen dari dagangan terakhir namun masih hampir dengan paras tertinggi 2015 iaitu AS$58.15 setong yang dicapai pada hari sebelumnya.

Harga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa berada pada AS$63.19 setong, susut AS$0.13 pada akhir dagangan.

WTI telah disokong oleh penutupan saluran paip Keystone mengeluarkan 590,000 tong sehari, salah satu saluran paip minyak mentah terbesar dari Kanada ke Amerika Syarikat serta oleh pengeluaran lain dalam inventori bahan api komersial.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat susut 1.9 juta tong pada minggu sehingga 17 November kepada 457.14 juta tong.

Stok jatuh sebanyak 15 peratus daripada rekod pada bulan Mac di bawah paras tahun 2016. – MalaysiaGazette