KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hari ini berkongsi rakaman memperlihatkan imbasan bayi dalam kandungannya di laman Instagram.

Menerusi posting itu, Siti teruja berkongsi perkembangan terkini bayinya yang masih belum didedahkan jantina.

“Alololo… Sopannya anak ibu. Macam siapa?” tulis Siti.

Rakaman yang dimuat naik pagi Ahad itu mencuri perhatian netizen yang rata-rata tidak sabar untuk melihat wajah bayi yang bakal dilahirkan pada Mac tahun hadapan.

Video tersebut telah mendapat hampir 200,000 jumlah tontonan setelah dimuat naik kira-kira satu jam.

Dalam pada itu, ada netizen yang meninggalkan komen mendengar perbualan dalam video tersebut menyatakan penyanyi lagu Segala Perasaan ini bakal menimang cahaya mata perempuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast