Home Nasional Banjir melanda Perlis

Banjir melanda Perlis

PADANG BESAR – Hujan berterusan sejak dua hari lepas menyebabkan dua buah kampung di daerah ini dllanda banjir malam tadi dengan sebahagian daripada 46 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata mereka yang terlibat ialah penduduk Kampung Padang Malau (26 buah runmah) dan Kampung Padang Malau Dalam (20 buah rumah).

Jumlah mereka bagaimanapun masih dikumpul kerana ada antara mereka masih enggan meninggalkan rumah tanpa dijaga, kata JPBN dalam kenyataan hari ini.

APM berkata agensi itu membuat pemantauan di seluruh negeri terutama di kawasan yang sering dilanda banjir berikutan hujan tanpa henti sejak kelmarin.

“Orang ramai diingatkan agar patuh pada arahan pihak berkuasa apabila diarahkan berpindah dan hendakjlah melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya rumah mereka dinaiki air,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast