Home Ekonomi Jessica Timbalan Gabenor BNM baharu

Jessica Timbalan Gabenor BNM baharu

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Chew Cheng Lian (Jessica) sebagai Timbalan Gabenor untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018 berikutan persaraan Dr Sukudhew Singh pada akhir Disember ini.

Jessica kini adalah Penolong Gabenor.

Beliau akan bertanggungjawab terhadap pengawalseliaan dan pembangunan sektor kewangan termasuk sistem pembayaran, sektor pembangunan organisasi dan perkhidmatan sokongan berpusat.

BNM dalam kenyataan berkata, Jessica bertanggungjawab untuk pembangunan sistem pembayaran selain pengawalseliaanan dan pengawasan perniagaan perkhidmatan wang.

Jessica merupakan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari dan ahli Jawatankuasa Kestabilan Kewangan BNM, juga Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan (FAA), ahli lembaga pengarah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, ahli Jawatankuasa Teknikal bagi Persatuan Pengawal Selia Insurans Antarabangsa (IAIS) dan juga penasihat kepada Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB).

Berkuat kuasa pada tarikh yang sama, Timbalan Gabenor Abdul Rasheed Ghaffour akan bertanggungjawab mengawasi sektor kewangan dan ekonomi, sektor penyeliaan, sektor pelaburan dan operasi serta Jabatan LINK dan Pejabat BNM, Jabatan Kewangan dan Jabatan Perundangan.

Bank Pusat itu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Sukhdave atas sumbangan beliau selama 31 tahun berkhidmat di BNM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.