Antonio Conte.

 

LONDON – Gara-gara mengawal emosi, pengurus Chelsea, Antonio Conte didakwa atas kesalahan salah laku oleh Persatuan Bolasepak (FA) England selepas insiden ketika bertemu Swansea City, semalam.

Insiden berpunca apabila pengendali dari Itali itu berang selepas Swansea diberikan sepakan percuma dan diarahkan duduk di tempat duduk penonton.

Namun Conte kemudian memohon maaf kepada Swarbrick dan pengadil keempat, Lee Mason.

Bagaimanapun permohonan maaf Conte itu tidak dapat mengelak daripada FA untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Kesalahan itu adalah yang pertama dilakukan Conte dan dia mungkin akan dikenakan hukuman denda atau digantung perlawanan.

Conte diberi tempoh untuk menjawab dakwaan FA.

Chelsea memenangi perlawanan itu dengan jaringan 1-0. – MalaysiaGazette