LONDON – Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2017 dinamakan oleh badan pentadbir sukan itu sebagai perlumbaan MotoGP terbaik pada tahun ini, lapor Reuters.

Pelumba Itali yang menunggang jentera Ducati, Andrea Dovizioso memenangi perlumbaan yang berlangsung dalam hujan di Sepang pada Oktober lalu, manakala rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo menduduki tempat kedua.

Litar yang telah menganjurkan perlumbaan MotoGP sejak 1999 itu turut digunakan untuk ujian pra musim.

Walapun tiket perlumbaan MotoGP itu habis di jual, Malaysia terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada perlumbaan Formula Satu (F1) selepas pnjualan tiket merudum . – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast