Paul Pogba.

MANCHESTER – Manchester City memulakan serangan psikologi awal apabila mendakwa Paul Pogba telah memberi kemenangan kepada Manchester City menjelang pertemua jiran awal pagi Ahad ini.

Pemain tengah City, Fernandinho berkata, bintang Perancis itu telah merosakkan impian tuan rumah kerana tidak dapat membantu kelabnya selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan minggu lalu.

Justeru Fernandihno yakin United akan berada dalam keadaan tidak sempurna pada perlawanan minggu ini.

“United sudah pasti pasukan ini akan lemah kerana mereka kehilangan pemain berpengaruh di atas padang.

“Tetapi Manchester United juga mempunyai ramai pemain dan ia tidak begitu penting siapa yang bermain atau tidak.

“Ia tetap akan menjadi perlawanan yang sukar untuk kedua-dua pasukan,” jelasnya kepada SkySports. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast