Home Ekonomi Harga Brent melepasi AS$65 setong

Harga Brent melepasi AS$65 setong

SINGAPURA – Harga minyak Brent melonjak melepasi AS$65 setong buat kali pertama sejak tahun 2015 selepas sistem paip Laut Utara Forties, dijangka memberi kesan ketara kepada bekalan.

Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$65.07 setong pada 0211 GMT, naik AS$0.37 atau 0.6 peratus daripada harga penutup.

Manakala niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) pada AS$58.21 setong, meningkat AS$0.22 kepada AS$0.4 peratus daripada harga dagangan akhir.

“Minyak mentah Brent berada lebih tinggi … selepas berita sistem paip Laut Utara Forties ditutup untuk beberapa minggu berikutan penemuan keretakan halus di dalamnya,” kata Jeffrey Halley, penganalisis pasaran kanan OANDA di Singapura.

Jelasnya, paip itu adalah komponen penting yang menyokong penanda aras Brent.

Paip minyak milik firma Britain, merupakan yang terbesar di negara itu dengan kapasiti 450,000 tong sehari.

“Reaksi pasaran menunjukkan dalam pasaran yang ketat, apa-apa isu berhubung dengan bekalan akan menyaksikan lonjakan harga yang lebih tinggi,” kata Bank ANZ.

Lonjakan harga Brent melebarkan premiumnya pada harga WTI kepada AS$6.74 setong, naik dari sekitar AS$5 pada minggu lalu, menjadikan eksport minyak Amerika Syarikat lebih menarik.

WTI yang lebih murah juga merupakan hasil peningkatan pengeluaran minyak Amerika Syarikat yang melonjak lebih daripada 15 peratus sejak pertengahan 2016 hingga 9.71 juta tong sehari, paras yang tidak pernah dilihat sejak awal 1970-an.

Pengeluaran A.S. kini tidak jauh dari pengeluar utama Rusia dan Arab Saudi. – MalaysiaGazette