Ifa Raziah

KUALA LUMPUR – Selebriti, Datuk Ifa Raziah mengakui pernah terlintas untuk membuat pembedahan membuang lemak tetapi tidak melakukannya.

Malah penyanyi itu mengambil pendekatan bijak iaitu berdiet dan mengawal pengambilan gula dalam makanan sehariannya.

“Orang kata saya sedut lemaklah, buang lemak.. sebenarnya saya dah ada niat dah cuma saya tak makan  buat badan saya kurus.

“Nak buat pembedahan sedut lemak sakit, nanti kena berehat. Jadi saya tak ada masa kena bekerja ke sana sini. Jadi saya hanya mengawal makanan saya. Ini sudah masuk tiga bulan saya jaga makan,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancara Mood Republik KL YES FEST 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Ifa berkata demikian ketika ditanya apa rahsia figuranya semakin langsing sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Ifa akan terus konsisten berdiet sehingga mencapat berat badan yang diinginkannya.

“Sekarang 58 kilogram (kg). Ada lagi kurang 10 kg. Mungkin ada lagi tiga bulanlah bagi saya masa untuk capai berat tu,” tambahnya.

Sementara itu, Ifa yang juga dikenali sebagai pengacara bakal melancarkan program pengiklanan produk di bawah syarikatnya Ifa Raziah Entertainment.

Ifa atau Saripah Raziah Mustapha berkata, program yang bakal disiarkan di Youtube, Live Facebook dan Live Instagram itu sebagai platform bagi usahawan tempatan.

Kelebihan program Diva Shoper.com bakal dihoskan oleh Ifa sendiri adalah tempoh iklan selama 30 minit untuk satu jenama pada kadar yang lebih murah berbanding kos iklan dalam slot televisyen.

“Macam program itu orang yang berniaga datang usahawan mana yang nak berniaga dalam program Kak Ifa tu ibarat macam Go Shop tapi Kak Ifa pengacaranya. Kak Ifa perantaranya.

“Mungkin di tv tu mahal harga dia tapi kita buat untuk youtube ni sangat murah untuk 30 minit. Jadi mana-mana usahawan yang tidak mampu nak buat live di tv dengan kita harga berpatutan untuk usahawan-usahawan yang baru nak berniaga.

“Satu brand (jenama) tidak kisahlah berapa banyak produk, setengah jam eksklusif untuk dia,” katanya.

Diva Shoper.com itu bersiaran bermula pada depan.- MalaysiaGazette