KUALA LUMPUR – Pelakon Iqram Dinzly bersedia untuk bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang prihatin terhadap dirinya.

Namun ujarnya pertemuan itu tidak mungkin akan berlaku dalam masa yang terdekat kerana ibunya masih dalam tempoh idah selepas ayahnya meninggal Oktober yang lalu.

“Saya menghormati tawaran beliau dan bersedia bertemu tetapi bukan dalam waktu terdekat kerana ibu saya masih dalam idah.

“Saya tidak boleh berjauhan dengan ibu buat masa ini,” katanya.

Iqram turut merakamkan pernghargaan kepada Zulkifli kerana menunjukkan keprihatinnya.

Semalam Mufti Wilayah Persekutuan menyuarakan hasratnya yang mahu berjumpa dengan Iqram selepas maklum tentang kontreversi video-video peliknya yang tular di media sosial.

Zulkifli menjemput Iqram ke pejabatnya di Putrajaya dan sedia menawarkan bantuan yang diperlukan. – MalaysiaGazette