Liverpool ,mengesahkan pembelian bintang pertahanan Belanda, Virgil van Dijk dengan nilai RM411 juta hari ini.

LONDON – Liverpool secara rasmi mengumumkan pembelian bintang pertahanan Southampton, Virgil van Dijk hari ini.

The Kops membelanjakan sejumlah jumlah £75 juta (RM411 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Pemain antarabangsa Belanda itu menjalani ujian perubatan semalam.

Liverpool memburu pemain itu pada musim lalu dan mencetuskan kemarahan Southampton yang mendakwa kelab itu cuba membelinya secara tidak sah.

Manchester City dan Chelsea turut berminat untuk mendapatkan khidmat van Dijk namun pemain itu akhirnya membuat keputusan berhijrah ke Anfield.

Pembelian bernilai £75 juta yang dipersetujui the Kops dan van Dijk dikatakan melepasi nilai pembelian Naby Keita oleh RB Leipzig.

van Dijk dikatakan akan menyertai Liverpool pada 1 Januari ini.

“Saya gembira dan bangga menjadi pemain Liverpool iaitu antara kelab terbesar dunia bola sepak,” katanya dalam instagram peribadinya.

Katanya, dia tidak sabar untuk menyarung jersi merah untuk kali pertama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast