SINGAPURA – Semua kenderaan yang memasuki Singapura menerusi pusat pemeriksaan Woodlands tidak perlu membayar tol bermula 1 Februari ini.

Selain itu, pemilik kenderaan, kecuali motosikal, akan mebayar harga tol yang lebih rendah apabila keluar dari negara tersebut.

Perjalanan bebas tol di Pusat Pemeriksaan Darat Woodlands merupakah langkah susulan Singapura terhadap penghapusan tol Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) yang berkuatkuasa 1 Januari lalu, kata Lembaga Pengangkuta Darat (LTA).

Kadar baharu pada bermula 1 Februari itu akan menyaksikan kereta yang meninggalkan republik itu perlu membayar S$1 berbanding S$3.80 sebelum ini.

Van dan kenderaan ringan yang membawa barangan yang kini membayar S$5.80 akan dikenakan bayaran sebanyak S$1.50.

Lori dan trak yang dikategorikan di bawah kenderaan barangan berat akan membayar S$2  berbanding S$7.70 sebelum ini.

Penunggang motosikal terus menikmati perjalanan bebas tol apabila memasuki dan keluar dari Singapura. – Agensi