Polis mengesahkan keluarga dua rakyat Indonesia yang diculik di perairan Pulau Bodgaya, Semporna pada 11 Sept lalu menerima panggilan telefon daripada kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR) meminta wang sebanyak RM4 juta.
Polis mengesahkan keluarga dua rakyat Indonesia yang diculik di perairan Pulau Bodgaya, Semporna pada 11 Sept lalu menerima panggilan telefon daripada kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR) meminta wang sebanyak RM4 juta.

KUANTAN – Lelaki yang menyamar sebagai anggota polis semasa melarikan remaja berusia 16 tahun di Sungai Ruan, Raub pada 27 Dis lepas, berjaya ditahan di hadapan sebuah hotel di Ipoh, Perak awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Othman Nanyan berkata suspek berusia 32 tahun yang beralamat di Taman Bukit Indah, Bentong itu ditahan pada pukul 2.05 pagi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

“Polis turut merampas sepucuk pistol bersama kelopak peluru palsu, dua buah telefon bimbit, sebuah kereta jenis Proton Satria dan wang tunai berjumlah RM100 daripada suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai tujuh kes di Pahang, Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur membabitkan kesalahan tipu, cabul, curi, menyamar penjawat awam dan rogol,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Othman menambah ujian air kencing ke atas suspek bagaimanapun negatif dan suspek kini direman sehingga Selasa depan.

Pada 27 Dis lepas, seorang wanita membuat laporan polis mendakwa anaknya dilarikan anggota polis bernama ‘Sarjan Faiz’ yang dikatakan bertugas di Balai Polis Sungai Ruan, selepas meminta izin untuk membantunya membawa pulang motosikal yang baharu dibeli.

Ibu mangsa juga melihat mangsa menaiki kereta suspek dan pada pukul 3 petang hari yang sama, dia menerima panggilan telefon daripada anaknya memberitahu berada di Gua Musang, Kelantan dan memintanya untuk tidak bimbang kerana akan pulang tidak lama lagi.

Mangsa pulang ke Raub pada 29 Dis lalu, dengan menaiki bas selepas suspek menghantarnya ke stesen bas Pekeliling, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan bahawa tiada anggota polis bernama Faiz di balai tersebut, menyebabkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan individu dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.

— BERNAMA