Home Dunia Harga sayur, buah di China melonjak

Harga sayur, buah di China melonjak

BEIJING – Harga buah-buahan dan sayur-sayuran di bandar-bandar utama di tengah dan utara melonjak berikutan cuaca sejuk yang teruk sehingga menjejaskan lebuh raya dan merosakkan tanaman.

Sebahagian lebuh raya yang menghubungkan wilayah Henan, Shanxi, Shandong, Anhui dan Jiangsu telah tersekat.

Di utara wilayah Shanxi, rumah hijau untuk sayur-sayuran runtuh di bawah salji.

“Lebih daripada 45,000 ekar pokok buah-buahan, ladang teh serta rumah hijau untuk sayur-sayuran telah rosak disebabkan hujan lebat dan salji,” kata Kementerian Pertanian, sambil menambah penanaman gandum boleh ditangguhkan akibat cuaca sejuk.

Bandar Hefei, ibukota wilayah Anhui, akan memberikan penduduk diskaun kepada sayur-sayuran selama tujuh hari selepas kenaikan harga, memetik laporan radio negara itu.

Harga sayur-sayuran seperti kubis dan salad naik lebih dari dua kali ganda pada minggu lalu di wilayah Anhui timur akibat masalah pengangkutan dan kerosakan tanaman.

China memberi amaran gelombang kedua salji dan hujan bakal melanda bahagian utara, tengah dan selepas sebahagian negara tersebut lumpur akibat cuaca paling teruk pada musim ini. – MalaysiaGazette