Foto Instagram Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR – Spekulasi jantina anak yang bakal dilahirkan oleh penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza terjawab apabila beliau akan menimang anak perempuan bakal pada Mac ini.

Berita gembira itu diumumkan Siti sempena hari kelahirannya yang ke-39, hari ni menerusi rakaman video dia akaun instagram miliknya.

“Terima kasih pada semua yang mengucapkan ‘happy birthday’ untuk saya. Saya sangat berterima kasih dan doakan semoga semua selamat.

“Alhamdulillah ini hadiah paling bermakna bagi saya dan suami iaitu zuriat yang bakal dilahirkan Mac nanti. Doakan ia sempurna.

“Doktor mengesahkan kandungan saya seorang puteri.

“Doakan semoga kandungan saya sihat dan menjadi anak yang solehah,” katanya.

Pada Oktober lalu, Siti mengesahkan dia hamil empat bulan selepas berehat dari dunia selama beberapa bulan.

Siti menjalani rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ dalam usaha mendapatkan cahaya mata pertamanya hasil perkahwinan dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59, selepas pernah keguguran dua tahun lalu. – MalaysiaGazette