Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disahkan bebas daripada sakit mental oleh doktor.

Pengesahan itu dibuat menerusi hasil laporan pemeriksaan perubatan pertamanya sejak menjadi Presiden AS.

Dr. Ronny Jackson pada sesi taklimat media berhubung pengumuman laporan itu berkata, kesihatan presiden berusia 71 tahun itu amat memuaskan.

“Semua data menunjukkan beliau sihat dan akan kekal begitu sepanjang tempoh pentadbirannya.

“Trump mempunyai gen hebat dan Tuhan menjadikan beliau begitu,” katanya.

Tambah Jackson, pemeriksaan terhadap Trump dibuat atas permintaannya sendiri setelah menerima dakwaan mempunyai masalah kecergasan mental baru-baru ini.

“Saya rasa beliau melihat pemeriksaan kesihatan ini sebagai peluang untuk menyangkal dakwaan.

“Beliau tidak bimbang kerana tiada apa yang hendak disembunyikan,” katanya.

Katanya lagi, dalam ujian Penilaian Kognitif Montreal, Trump memperoleh mata penuh iaitu 30/30.

“Beliau jelas tidak mempunyai sebarang isu kognitif atau mental,” katanya.

Selain itu, Jackson berkata, berdasarkan pengetahuannya, ini adalah kali pertama presiden yang masih berkhidmat menjalani penilaian seumpama itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast