Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Pinjaman-pinjaman yang diluluskan bank telah dinilai dengan teliti dan mengikut garis panduan dan prosedur dalaman yang telah ditetapkan.

Persatuan Bank-Bank Malaysia dalam kenyataannya berkata, ahli-ahli persatuan itu juga melihat penipuan sebagai sesuatu yang serius dan sekiranya terdapat sebarang pemalsuan, bank-bank akan mengambil langkah segera menangani isu tersebut dan menolak permohonan berkenaan.

“Ahli-ahli kami membuat penilaian berdasarkan beberapa faktor antaranya kemampuan pemohon dan keupayaan mereka untuk membayar balik pinjaman.

“Verifikasi kerap termasuk pemeriksaan dengan Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) dan pelbagai agensi laporan kredit sebelum meluluskan permohonan akan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Persatuan tersebut turut mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan perbelanjaan berhemah dan menjauhkan diri daripada kemelut kewangan.

Ini termasuk melakukan perancangan teliti terutama dalam menggunakan kemudahan kredit seperti kad debit dan kredit.-MalaysiaGazette

Comments are closed.