Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dilaporkan dalam keadaan baik setelah menjalani pembedahan susulan didiagnosis menghidap kanser tahap 1.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang mengesahkan perkara itu berkata Lim, 76, kini beransur sihat selepas pembedahan membuang tumor kecil pada buah pinggang kirinya.

Lim akan kembali aktif berpolitik akhir bulan ini, kata Liew.

“Beliau (Lim) sudah baik dan sihat sekarang, 27 Jan nanti beliau akan mula turun ke serata Johor,” katanya kepada Bernama hari ini.

Disember lepas, Lim didiagnosis menghidap kanser tahap 1 dan telah berehat selama sebulan selepas menjalani rawatan dan pembedahan, kata Liew.

Keadaan kesihatan pemimpin pembangkang itu menjadi tanda tanya memandangkan beliau tidak menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di Shah Alam, 7 Jan lepas dan senyap dari radar politik tanah air sehingga kini.- BERNAMA

Lim Kit Siang koma di Singapura?