KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 ahli produksi penggambaran didakwa ditipu produser sebuah filem dan membuat laporan kepada Pertubuhan Industri Kreatif Digital (PIKDM).
Wakil produksi berkenaan, Noorfitriane Abbas berkata, penerbit filem berkenaan telah menamatkan kontrak mereka tanpa notis.
Alasannya, masalah kewangan tetapi sehari selepas itu pasukan baru diambil meneruskan penggambaran,” ujarnya dalam sidang media semalam.
Turut hadir ialah Presiden PIKDM, Muhammad Dean Lau Abdullah.
Menurut Noorfitriane, penerbit yang sama juga tidak membuat pembayaran penuh kepada pihaknya sedangkan 30 daripada kesemua 70 babak telah diselesaikan pihaknya.
Menurutnya, selain laporan kepada PIKDM pihaknya juga telah membuat laporan polis.
Sementara itu, Sam pula memberitahu, peristiwa penipuan kontrak seperti itu selalu berlaku dan pihaknya akan mewakili pekerja industri berkenaan menuntut hak mereka.- MalaysiaGazette
















