KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Gombak dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pemasangan injap di Taman Ehsan,

Gangguan berlaku mulai pukul 10 malam pada hari Rabu ini hingga 5 pagi keesokan harinya melibatkan Taman Ehsan, Taman Desa Jaya dan Kampung Kepong Ulu.

Manakala pada 25 Januari ini pula, sebahagian Fasa 3, keseluruhan Fasa 4, Fasa 5, Fasa 7, Fasa 8 dan Fasa 9 (Taman Sri Gombak) dan Kampung Melayu Sri Gombak pula mengalami gangguan pada 10 pagi Khamis hingga 5 petang.

Ia berpunca daripada kerja-kerja pemasangan injap di Taman Sri Gombak.

Sementara, kerja-kerja pemasangan injap di Hulu Selangor pula menjejaskan bekallan air New Green Park, Taman Rawang Jaya, Kg. Lim Tan, keseluruhan Bukit Rawang Putra dan pekan Rawang juga mengalami gangguan bekalan air pada tarikh yang sama.

Ia berikutan kerja-kerja pemasangan injap di Pekan Rawang mulai pukul 8 malam pada Khamis ini hingga 5 pagi keesokan harinya.

Sehubungan itu, Kumpulan Air Selangor menasihati pengguna menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang gangguan tersebut. – MalaysiaGazette