Participants run during an anti-missile evacuation drill at the Tokyo Dome City amusement park in Tokyo, Japan January 22, 2018. REUTERS/Kim Kyung-Hoon

TOKYO – Ratusan sukarelawan mengambil bahagian dalam latihan menyelamatkan diri daripada serangan peluru berpandu di Tokyo, hari ini.

Buat pertama kalinya bandaraya itu menjalankan latihan evakuasi dengan para sukarelawan berlindung di stesen-stesen keretapi bawah tanah dan kawasan bawah tanah yang akan digunakan sebagai tempat berlindung sekiranya negara itu diserang peluru berpandu Korea Utara.

Latihan yang dijalankan di sebuah padang bermula dari stadium baseball, Tokyo Dome melibatkan kira-kira 300 sukarelawan.

Bagaimanapun, latihan berkenaan telah mencetuskan rasa tidak senang sesetengah pihak yang bertindak berhimpun dan memprotes kerana mendakwa ia telah menimbulkan ketakutan kepada orang awam.

Meskipun, harapan semakin cerah untuk melihat ketegangan makin surut apabila penyertaan Korea Utara dalam sukan Olimpik musim sejuk di Korea Selatan, Jepun mengambil pendekatan berbeza dengan meningkatkan usaha mempersiap rakyatnya bagi menghadapi kemungkinan perang.

Tokyo percaya ancaman Pyongyang menggunakan peluru berpandu balistik dan senjata nuklear semakin ketara.

Bandar-bandak kecil dan kawasan kampung di Jepun turut mengadakan latihan serupa. – MalaysiaGazette