TOKYO – Empat cedera manakala seorang lagi hilang selepas Gunung Kusatsu Shirane yang berdekatan dengan pusat peranginan luncur ais meletus hari ini.

Sehubungan itu agensi Meteorologi Jepun menggesa penduduk berhampiran menjauhi gunung tersebut.

Menurut jurucakap kanan kerajaan Jepun, Yoshihide Suga, empat pelancong di dalam sebuah kereta kabel di pusat peranginan luncur salji di Gunma, barat laut Tokyo, cedera akibat cermin pecah.

Pegawai jabatan bomba tempatan Yuji Shinohara dalam pada itu memaklumkan empat mangsa cedera dan pihaknya sedang cuba membantu mereka.

“Runtuhan salji ini disebabkan letusan gunung berapi. Pihak berkuasa juga sedang mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang,” kata Shinohara. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast